Rabu, 18 Desember 2013

Pemandu Rusia Pasang ‘Dash Cam’ Buktikan Penipu


Di Malaysia, penggunaan kamera video yang diletakkan di bahagian ‘dashboard’ atau ‘dash-cam’ belum lagi digunakan secara meluas.

Bagaimanapun, di sesetengah negara tertentu seperti Rusia, penggunaan kamera ini boleh diumpamakan sebagai ‘wajib ada’ di setiap kereta.

Sebelum ini, alasan yang digunakan untuk memasang ‘dash-cam’ ialah bagi merakamkan perbuatan sesetengah pihak polis yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendapatkan wang.

Rakaman tersebut kemudiannya dapat digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Namun, kini ia menjadi lebih penting disebabkan undang-undang ‘aneh’ negara itu yang memerintahkan pemandu membayar pampasan sekiranya berlaku kemalangan dengan pejalan kaki biarpun bukan salah mereka.

Undang-undang itu juga menyebabkan ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan mereka-reka kemalangan palsu dengan melompat atau mencampakkan diri ke hadapan kereta semata-mata untuk mendapatkan wang dari pemandu.

Atas sebab itulah, ramai pemandu kini berasa lebih ‘selamat’ dengan bukti yang ada pada ‘dash-cam’ tersebut bagi membantu perbicaraan di mahkamah nanti.

Apa yang boleh disimpulkan ialah, kadang-kadang peraturan ciptaan manusia itu sendiri yang menjadi pendorong untuk untuk berbuat kejahatan. Betul tak?

Oleh: ELZA

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Monidas - Posts · Comments
Powered by Blogger