Harakahdaily
Salmiyah Harun, | 01 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menegaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak memainkan peranan bagi menentukan kedudukan (ranking) sesebuah universiti.
Pengerusi GMP Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, bahasa pengantar universiti tidak pernah menjadi faktor penilaian asana atau ranking universiti antarabangsa oleh mana-mana pihak penilainya seperti ranking QS World University Ranking atau THES yang diikuti universiti negara ini.
Katanya, universiti di Asia yang berada pada ranking pertama hingga ke-50 daripada 300 buah universiti yang dinilai oleh QS dalam tahun 2013 tidak mengamalkan PPSMI.
Universiti tersebut dari negara Arab Saudi, Iran, Israel, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Tiongkok (dan Hong Kong) dan Turki.
"Walaupun universiti di Singapura berasana ke-2 dan ke-11 yang mungkin suka dijadikan contoh negara yang mahukan PPSMI tetapi universiti-universiti di Hindia yang juga melaksanakan PPSMI, asana tertingginya ialah yang ke-30," katanya dalam satu kenyataan.
Perlu diingatkan juga, katanya, PPSMI di Malaysia yang dilaksanakan sejak 2002 manakala bermula tahun 2004 universiti pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar malangnya ia tidak memberi kesan positif terhadap ranking universiti negara ini.
"Bahkan UIAM yang memang berpengantar Bahasa Inggeris sejak penubuhannya 1983 lagi mendapat ranking ke bawah 50," tegasnya.
Beliau berkata demikian sebagai menyangkal pandangan Tun Mahathir Mohamad yang menegaskan PPSMI boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyatakan tindakan kerajaan tidak memasukkan dasar Pengajaran dan PPSMI dalam pelan pendidikan negara adalah satu kesilapan kerana ia boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia yang dilihat terus menurun.
Beliau berkata, lebih banyak penekanan perlu diberikan kepada penggunaan bahasa itu terutama bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah untuk menaikkan ranking universiti di negara ini.

0 komentar:
Posting Komentar