Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

HARAM SYURGA BAGI LELAKI DAYUS

- 0 komentar


Di malam yang sunyi tenang ini lagi damai tanpa bunyi riuh kesibukan bandar aku nyatakan hasratku malam ini sememangnya salah satu malam yang sangat tenang bagiku untuk mengabdikan diri kepadaNya lalu memohon doa petunjuk kepadaNya ALLAH S.W.T supaya aku lebih bersabar dengan dugaan yang kuhadapi sekarang ini akan tetapi apakan dayaku dugaan ini diluar dari kemampuanku atau mungkin aku terlepas pandang sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambanya diluar kemampuannya, kelemahanku kerana itu .






Kata-katamu bagaikan ribut taufan yang menggegarkan tiang2x masjid yang hendak kudirikan dengan niat ingin kecapi kebahagiaan dunia akhirat bersama mu kelak , tapi kenapa kebenaran kau nafikan dengan mengatakan aku sudah mulai kurang ajar,memandai2x berkata kebenaran dan mengongkong anak perempuanmu dengan hanya menyuruhnya menutup aurat walaupun dengan kerelaan hatinya sendiri menurut tanpa terpaksa atau kupaksa sedikitpun akan hal ini tidak terfikirkah olehmu bahawa semua ini demi kesenangan dan kebahagiaanmu jua supaya bebananmu sedikit sebanyak dapat dikurangkan sekaligus menarik dirimu agar tidak tergolong dalam kategori Lelaki Dayus yang langsung tidak menghiraukan hukum ALLAH S.W.T iaitu tidak menjaga aurat isteri dan anak perempuanmu, tahukah olehmu bahawa Lelaki Dayus itu salah satu kategori yang ALLAH S.W.T haramkan syurga baginya selain menderhaka kepada ibubapa dan syirik menduakan ALLAH S.W.T , nauzubillahminzalik .






Kau itu lelaki yang bergelar Suami dan Bapa punyai bapa seorang Haji dan Imam sepatutnya lebih faham akan hal seumpama ini lebih2x lagi pasal hukum dan tanggungjawap sebagai seorang Bapa terhadap Isteri dan anak2x . Sayu akan hati ini jika benar akan utusan yang bakal ingin kau sampaikan suatu hari kelak dengan berkata jika kau tahu beginilah caraku juga keadaanku takkan kau terima aku dan takkan ingin menjadi wali kepada anak perempuanmu itu namun ketahuilah olehmu air yang dicincang takkan putus begitu sahaja melainkan suami takut isteri ?, semoga kau sedar dan terus berusaha supaya memahami serta mendalami hakikat berumahtangga apa yang wajib dilaksanakan bukan untuk memuaskan nafsu buas lagi rakus semata-mata ,mentang2lah matamu itu besar dariku bolehlah takutkan aku tapi jangan pula terlepas pandang badanku ini lebih besar dan tinggi berbandingmu jangankan badanku cukup lah hanya kakiku saja yang panjang ini yang akan lari pecut lebih laju bila dikejar olehmu bila kau meradang mahu menempeleng aku , hehehe gurauan semata-mata !

ALLAH S.W.T telah menetapkan hukum hakam dan panduan hidup didalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah S.A.W untuk kita jadikan pedoman dan panduan dalam hidup kita didunia ini untuk menuju kejayaan didunia akhirat kelak, memadailah bagiku untuk menegurmu secara halus dan lembut sebagai tanda hormatku padamu dan kasih sayangku , semoga diakhirat kelak kau tidak akan menuntutku dengan menyatakan kenapa didunia aku tidak sampaikan kebenaran ,sebenarnya aku tidak akan berputus asa selagi hayat dikandung badan,selagi masih mampu kuberdiri dan bergerak dan selagi ALLAH S.W.T belum mencabut nyawaku selagi itulah aku tidak akan berhenti untuk terus berdakwah dan didakwah untuk menerima ilmu yang ada pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga kau sedar akan kebenaran ini,sesungguhnya syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya dan syurga seorang suami pula tetap dibawah telapak kaki ibunya meskipun dia sudah berkahwin mahupun belum,bukan dibawah telapak kaki isteri atau ketiaknya !.
[Continue reading...]

Kamis, 19 Desember 2013

Saya Sudah Tiduri 30 Lelaki Kenalan Facebook Qila

- 0 komentar

Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di facebook. Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.



Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. “Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. “Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini. Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. 

[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Monidas - Posts · Comments
Powered by Blogger